Suatu Pengenalan

Permulaan Yang Berkemungkinan Tiada Pengakhirannya...

Kesusahan Melebihi Kesenangan

Permudahkan Yang Susah...

Kembara Menuju Cinta-Nya

Cinta Yang Melebihi Segalanya...

Saatnya Kini Bermula Lagi

Another Chance For Me??

Ke Mana Tujuan Kita

Antara Ilmu Dengan Kejahilan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 28 October 2012

Takbir Sedih Menyapa Lagi....




Petang itu menanti menutup tirainya skali lagi... kedengaran ura-ura kegembiraan umat ISLAM seluruhnya akan kedatangannya, antara hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh Hamba ALLAH s.w.t yang sentiasa mengingati Penciptanya... Ah.. Indahnya jika aku dapat berada di kampong ketika ini... pasti suasananya begitu indah, dapat aku bayangkan pokok kelapa di hadapan rumah menari-nari di tiup bayu senja bermuzikkan kicauan si pipit dan merpati serta bunyi sang ombak memberi rentaknya... lembut angin membelai beserta pancaran sinaran jingga sang mentari yang menyentuh pipi... bunyi peragut-peragut yang bakal meninggalakn kehidupan di dunia yang sementara ini... tidak terfikir nasib mereka esok hari... Ahhh... mereka pastinya tidak mengerti kerana tidak mempunyai AQAL yang ALLAH s.w.t ciptakan khas buat umat manusia... huhh... pastinya diri merasa gembira... Hanya mampu membayangkan nya dalam memori sepi yang telah lama tidak di buka dalam kotak pemikiran yang semakin meluas... Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH yang menciptakan segalanya... Lontaran kata yang mencuba untuk menenangkan hati yang meronta-ronta ingin pulang ke kampong halaman dengan segera...

Dalam keasyikan menghayati waktu senja itu, kedengaran azan Maghrib yang menandakan bermulanya detik waktu hari-hari bahagia bagi umat Islam seluruhnya... Lantas tangan ini mengambil botol air mineral yang terletak di atas meja belajar sambil membaca doa tanda kesyukuran kepada Maha Pencipta... Alhamdulillah, usai satu ibadah sunat di laksanakan menjelangnya Hari raya Korban tahun ini.. Puasa Hari Arafah... “Nak makan apa ni? Yang lain semua dah balik.. Hmm... Kantin dan Kiosk dah tutup..” otak ligat berfikir cara untuk mengalas perut yang penat membantu menahan nafsu... Melihat kearah ‘compartment’ sebelah... Teringat roti dan tuna yang ‘si dia’ tinggalkan untukku sebelum balik ke rumahnya... lantas tangan menggapai beberapa keping roti lalu ku saluti dengan tuna yang kelihatan sangat menyelerakan...

Dalam keenakan mengalas isi perut, otak ligat memikirkan bagaimana keadaan saudara yang lebih layak mendapat gelaran mujahid dan mujahidah di Negara sana... lantas lidah mengucap Alhamdulillah... Adakala terkenang juga gelagat sahabat-sahabat seperjuangan suatu masa dulu... Ber’program’ bersama... kini semua nya telah terpisah, kadang-kadang dapat berjumpa di program sahaja... ada yang langsung tidak dapat melepaskan kerinduan dek kerana jarak yang sentiasa memisahkan... betapa hebatnya ALLAH s.w.t yang menciptakan hati-hati manusia dengan pelbagai perasaan.. namun, malang bagi mereka yang tidak menggunakan perasaan itu dengan sebaik-baiknya... teringat kata-kata seorang sahabat “insyaALLAH kita jumpa di sana..” dan “kita jadikan semenanjung ni macam masjid nurul huda”... Wahh... kadang-kadang terpegun dengan setiap bait perkataan yang dikeluarkan oleh sahabat-sahabat... Hhhmm... Uhibbuka Lillah Ya Sodiq!!!!!....  Ruang bilik yang kosong terisi dengan gelak tawa ku yang kemudian nya diiringi titisan air mata kerinduan terhadap kampong halaman, keluarga dan sahabat-sahabat perjuangan... Semoga ALLAH sentiasa perkuatkan ikatan persahabatan yang dijalin ini...

“Allhauakhbar... Allahuakhbar... Allahuakhbar.... La ila ha illallah hu wallahuakhbar..”

Takbir sedih kembali menyapa hati ini, sebak bercampur baur dengan tangisan kegembiraan menjelang tibanya hari raya Eidul Adha... Haish... jangan lah sedih, tegur sang hati yang kini besemangat untuk kembali kepada Fitrah sebagai seorang MUSLIM... Telah diniatkan dalam hati untuk mengamalkan cara-cara menjadi seorang Muslim yang memiliki ciri-ciri Ibad Ar-Rahman suatu hari nanti... Ahh... Semoga hati dan diri ini Istiqomah untuk bergelar Muslim sejati... kembali dalam ingatan persoalan yang selalu aku berikan jawapan... “Kau nak jadi apa untuk Khalifah Islam nanti??” – “Aku nak jadi pakar matematik n strategi untuk menegakkan Islam”... hahaha... kadang-kadang tergelak sendirian apabila mengingati persoalan dan jawapannya... Ku berharap agar ianya menjadi kenyataan suatu hari nanti dengan tertegaknya ISLAM di atas muka bumi ini nanti...


Kedengaran bunyi telefon bimbit... terpapar tulisan di skrin “ Call from XXXXXXX”.... laju tanganku menggerakkan ibu jari untuk menjawab panggilan dari nya.. huhh... berita gembira yang diharapkan belum tiba, hanya mampu menunggu sehingga kembali sinaran cahaya sang mentari di sebalik bangunan asrama perempuan yang terletak di hadapan sana... kadang-kadang rasa pelik juga, kawasan asrama lelaki dan perempuan betul-betul terletak berhadapan cuma ‘parking lot’ yang memisahkan kedua-dua asrama ini... Tapi diri ini sentiasa ber’husnuzhon’ dek kerana keadaan Universiti yang boleh dikatakan kurag dari segi pembangunan disebabkan ruang yang terhad... maklumlah berada di dalam kawasan Bandar yang sibuk dengan lalulintas di tambah dengan aktivi pesat pembangunan ekonomi... huhh... dalam memikirkan keadaan itu, akal menimbulkan pesoalan mengapa hanya pembangunan yang di pentingkan sedangkan sesebuah Negara maju itu dapat dilihat melalui pembentukan akhlak yang baik dalam setiap jiwa rakyatnya... huhh... oh pemimpin ku...

Waktu isyak semakin menghampiri, sayup kedengaran suara imam masjid memberi kuliah maghrib hari ini.... aduhai... hati ingin pergi namun keadaan bilik yang bersepah dan barang-barang yang belum terkemas mendorong ku untuk menghabiskan kerja di bilik sementara menanti azan berkumandang... tiba-tiba tombol pintu bilik dibuka, kelihatan wajah bulat, putih, di hiasi dengan 'jambang' ala-ala pak arab lantas memberi salam.. aku hanya mampu membalas salamnya dan tersenyum melihat wajah nya, rupanya dia pun belum balik lagi... " jom gi masjid, dah nak masuk isyak dah ni..."... macam mana ni, nak ikut ke tidak... nak pergi, tapi barang masih bersepah, kemas lambat nanti tidak sempat pulak nak habiskan semuanya, kalau tidak pergi pulak risau sahabat ni merajuk... ahh... ~BERSAMBUNG....~