Suatu Pengenalan

Permulaan Yang Berkemungkinan Tiada Pengakhirannya...

Kesusahan Melebihi Kesenangan

Permudahkan Yang Susah...

Kembara Menuju Cinta-Nya

Cinta Yang Melebihi Segalanya...

Saatnya Kini Bermula Lagi

Another Chance For Me??

Ke Mana Tujuan Kita

Antara Ilmu Dengan Kejahilan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 17 September 2012

Positif kah Aku???

" Amin, ko tengok tu, ko rasa diorang tengah buat apa tu? Entah2 buat maksiat lagi... Haish.. Remaja zaman skarang ni, sakit mata nak pandang.. Huh.."

" ko ni, jangan lah suke2 je nak nilai benda yang ko sendiri x tau, mana lah tau diorang tu suami isteri... Kan sekarang ni ramai orang yang kawen muda.. Ko tengok balik diorang tu, ade x ciri2 orang tengah buat maksiat,? ko tengok x yang pompuan tu lengkap tutup aurat, ha.. siap bertudung lagi, yang laki plak, muka suci je aku tengok.. dah kawen la tu... x caye jom g tanye.. hehe.."

" eh.. eh.. eh... x nak lah.. nnt ape plak diorg kata..."

"eh, ko ni.. td kata sakit mata memandang... jom ah, skali gak ko minta maaf sbb dah fikir benda yang bukan2 kat diorg...kn..kn... Dosa tau tuduh orang ni... hehe..."

" Hmmm.. yela.."

__________________________________________________________________________________

" Comel je aku tengok diorg tu.. hehe.. kn Khai.. so, camne? Lain kali, fikir benda yang positif dulu sbelom ko nak tuduh orang lain.. Nasib baiklah laki tu baik, klu x mngkn dia dah sepak ko kot sbb tuduh diorg buat maksiat.. hehe..."

" La... Amin jgn la cakap camtu, aku x tau pon diorang tu suami istri.. Ok.. Lain kali aku fikir positif ok... hehe... :D"




Positif?
Sometims baik but sometimes membinasakan...  tapi ramai yang tahu berfikiran positif pasti akan menghasilkan satu gerak kerja yang mantap, masih tidak mahu berfikiran terbuka dan positif...
Tapi ramai dari kalangan mereka mengambil kesempatan daripada orang yang berfikiran positif demi keuntungan diri sendiri.... Hurm... :(..*Hakikat Dunia??



Cuba kita renungkan semula segala idea2 yang tercetus dalam minda kita? Adakah ianya POSITIF?? Hhhhmmmm.....  Selalunya mereka yang tidak boleh mengeluarkan idea yang positif ni adalah orang2 yang kuat cemburu n x suka lihat orang sekeliling menjadi lebih hebat dari dia... hehe.. So, mahukah kita d 'tag' sbgai orang yang kuat cemburu... Semestinya tidak bukan...

Antara cara2 berfikiran positif yang boleh di amalkan selalu....:


1. Bersangka baik dengan orang lain.
2. Sentiasa tumpukan pada nilai-nilai murni.
3. Elakkan emosi negatif.
4. Selalu ber'Istighfar'.
5. Jangan ambil kisah cakapan orang (* kecuali nasihat yang baik dari orang lain).
6. Elak menyalahkan orang, situasi, keadaan, persekitaran, benda.
7. Dan banyak lagi.. hehe... ( Boleh cari dalam Al- Quran).

So, mudah bukan... Jom fikirkan benda yang positif selalu.. InsyaLLAH mampu berjaya d masa akan datang!!!.. :D

~Spread d Knowledge~

Wednesday, 1 August 2012

Sedekah... Hmmmm....



" Assalamualaikum brother, saya khai (bukan nama sebenar), minta maaf lah kalau ganggu, sebenarny abg nak minta tolong sikit ni... bkn apenye, abg ni keje kontrak dik, so, hari ni tempat kerje abg tutup,  abg x tau nak wat cmne.. abg posa ari ni.... ni dah x de duit sbb hri ni x keje... pagi td pun dapat mkn roti sebuku je dgn air mineral.. ni org lain sume dah buke posa... abg nak buke pun x de duit nak bli mkanan... klu boleh abg nak mnta sdkit bantuan dri adik lah... x kisah la brapa dik yg pntg abg boleh pki utk bli makanan tuk berbuka..."

"hhmmm.... nak percaye ke x ni azman?..."
' ko bg je lah duit RM10 ko tu.. bkn ape pun... lg2 ni bulan ramadhan, kn lebihkan bersedekah tu lebih baik.."
"tp, klu dia tipu cmne?"
"la, tu urusan dia dgn ALLAH s.w.t, kn aku dah kate bg je, lg2 blan Ramadhan ni.. kn banyak pahala... ko x nak pahala ke? hehe.. klu ko x nak bg lah kat aku..."
"lgpun x kn dia nak tipu kot.. tgk lah keadaan dia, ko x kesian ke, x terurus, baju dah lusuh, terkoyak, nampak kurus plak tu... hhmmm"
" ye kn betul jgk kte ko eh... x kn lah dia nak tipu... x sngka pulak masih ade org yg hidup mcm ni kat KL ni...  ade pihak yg x bertanggungjawab langsung pasal kebajikan org2 mcm dia...."

selembar kertas merah sampai ke tangan bro td...

"trima kasih dik, Alhamdulillah, rezeki dari Allah... oh ye.. adik ni dok mne? tgh study eh? apa2 pun trima kasih banyak2 dik... abg x tau la cmne nak balas budi adik.... Smoga ALLAH s.w.t mempermudahkan urusan dan beri kecemerlangan dlm pelajaran dan khidupan adik.. trima kasih banyak2 dik!"



hhhmmm... situasi ni betul2 berlaku.. bayangkan kalau ada sorang brother datang kat korang dalam keadaan yg sngt daif, kdg2 org sekeliling pun rasa x nak dekat je dgn org tu...
Kesian brother tu, penat dia tggu kat kwsn KL sentral tu utk dapatkn pertolongan utk berbuka posa... org yg lalu lalang asyik mengelak je dari dia... hhhmmm... ;(

x pe... bkn itu yg nak di perketengah kn di sini... ape yg penting itu adalah... KERJASAMA..... hehe.. x ade lah... apa yg pntg ialah memberikn bantuan (sedekah) di saat org itu memerlukan.. kita amik kisah abg td...
ya, kita tau zaman skrg ni mcm2 penipuan berlaku bukan... tp, sanggup kah kita membiarkan glongan2 yg sbgini dibiarkn bgtu sahaja... hhmm... diorg pun org islam jgk...

Dari Hakim bin Hizam r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda: " Tangan yang di atas ( tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulailah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Siapa yang mohon di pelihara ( agar dia tidak sampai minta-minta) Allah akan memeliharanya, dan siapa yang memohon dicukupkan ( agar tidak ada ketergantungan selain kepada ALLAH) Allah akan mencukupkannya." Riwayat Imam Bukhari.

hhmmm... jelas lagi bersuluh.... Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayat kn oleh Imam Bukhari pun menunjukkan betapa penting dan baiknya memberi bantuan (sedekah)...  x kisah lah nak bg duit ke, pakaian ke, senyum pun boleh jgk... hehe.

So, sahabat2 sekalian mcm mna? sdah bersedia utk bersedekah? hhmm...

Jom banyakkn amalan2 yg baik di bulan Ramadhan ni... banyak kelebihannya..

Dari Umar r.a., katanya : "Siapakah yang hafal sebuah hadis dari Nabis.a.w. berkenaan dengan fitnah?"
Jawab Hudaifah, "Aku mendengar beliau bersabda: Fitnah seseorang dalam keluarganya, dalam hartanya dan tetangganya, dapat ditutup (dihapuskan) oleh shalat, puasa dan sedekah."


~spread d knowledge~

Tuesday, 19 June 2012

Vedic Matematik Cara Pengiraan Pantas.....




وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz-Dzariyaat [51]: 56)
Pantas ke Mengira menggunakan Kalkulator? Kenapa aku boleh kira dengan lebih pantas?....


Hmmmm.... Ramai yang kata Matematik tu susah. Ada yang kata matematik tu menyusahkan... betul ke?
haa.. Semua tu ssebenarnya satu tanggapan negatif yang membuatkan diri seseorang itu merasakan matematik itu susah walhal matematik selalu kita gunakan dalam kehidupan seharian kta... Betul atau Tidak?

Al Hisab lebih dikenali sebagai Matematik, mempunyai terlalu banyak persoalan dan  semestinya mempunyai pelbagai solusi... 'Algebra', 'Equation', 'Calculus', 'Progression' dan banyak lagi 'terms'2 yang di guna pakai dalam Matematik yang sangat berguna dalam kehidupan seseorang yang bijak mengaplikasikanny... Ingat matematik sangat BERGUNA bagi mereka yang bijak MENGAPLIKASI kannya sahaja....

Tetapi jujur saya katakan tidak semua pelajar bijak mengaplikasikannya kerana sistem pembelajaran di negara kita yang berorientasikan PEPERIKSAAN mendesak dan mengajar pelajar di negara kita untuk belajar dan jawab soalan peperiksaan sahaja... Apabila pelajar ingin mengaplikasikannya mereka tidak tahu kerana terbiasa dengan sistem peperiksaan negara.. persoalannya; Di mana aplikasinya?






Saya x nak ulas lebih mengenai hal ini... hehe... Di sini saya ingin "mempromosi"kan satu cara pantas dalam pengiraan... hurmm... Mesti ramai yang x tahu dan nak tahu.. dan kadang kala kita impress dengan orang2 yang boleh mengira dengan laju bukan... "wow! hebat nya ko ni... laju ko kira eh...", "eh, ko ni genius ke? apesal ko ble kira laju sangat ha?" dan banyak lagi lah 'impression' yang orang lain buat bila kita bole kira dengan pantas...


vedic matematik... suatu pengenalan... jalan mudah mengira dengan pantas.. Mungkin ianya sesuatu yang baru bagi korg kn.. tapi apa salah nya jika ilmu yang berguna ini kita aplikasikan dalam hidup kita... 
VEDIC matematik? 'menatang' ape tu?
Click this Link for more info k...----> http://www.vedicmaths.org/

korg klik je link tu klu nak tahu lbih lanjut... 

dan link kat bawah ni untuk download cara2 nak mengira dengan cepat... 

Mungkin korg kena EXPLORE lebih skit.. Tapi sesuatu 'skill' itu tidak mudah untuk di guna dalam masa yang singkat, kesabaran dan ketenangan sentiasa di perlukan dalam setiap pencarian ILMU yang BARU... 

Apa2 pun jangan hanya jadi seorang pelajar, jadialh seorang PENUNTUT ILMU.... Tuntut lah apa2 ilmu yang baik sekalipun kerana ianya pasti berguna, mungkin sekarang atau pada masa akan datang...

اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ
“Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu.” (QS. Az Zumar [39]: 62)

~Spread d Knowledge~



Saturday, 7 April 2012

Assalamualaikum w.b.t.... Salam, perkenalan... ana adalah salah seorang yang ingin menjadi JUNDULLAH... masih baru dalam dunia blogging. Harap dapat memberi, menerima dan berkongsi segala ilmu islam yang dimiliki...