Suatu Pengenalan

Permulaan Yang Berkemungkinan Tiada Pengakhirannya...

Kesusahan Melebihi Kesenangan

Permudahkan Yang Susah...

Kembara Menuju Cinta-Nya

Cinta Yang Melebihi Segalanya...

Saatnya Kini Bermula Lagi

Another Chance For Me??

Ke Mana Tujuan Kita

Antara Ilmu Dengan Kejahilan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 10 November 2012

Characteristic of Islam as a Comprehensive Religion (Ad-Din)


1 ) Comprehensiveness / Syumul / شمول

a) A message for all times
- message of all times generations from it was first revealed up to today and the next.
- The message of Muhammad s.a.w is eternal till the Day of Judgement.
- Morals, basis, and article of faith (and monotheism) are the sam efrom the first prophet up to the last prophet of Muhammad s.a.w.

Allah said:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّـهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ ۖ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللَّـهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ ۚ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ 
And We certainly sent into every nation a messenger, [saying], "Worship Allah and avoid Taghut." And among them were those whom Allah guided, and among them were those upon whom error was [deservedly] decreed. So proceed through the earth and observe how was the end of the deniers.
An Nahl [16:36]

b) a message for the whole world
- not limited to a certain timr or generation
- not limited to a certain place, nation, people or social class
- guidance to all people
- no distinction of region, state, country

Allah said:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
And We have not sent you, [O Muhammad], except as a mercy to the worlds
Al Anbiya [21:107]


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted.
Al Hujurat [49:13]

c) a message in all the phases of his life
- guidance to man throughout his life; childhood,adolescence, young, adulthood, middle age, old age, death

d) a message in every fields of life
- material or spiritual, individual or group, intellectual or practical, religious or political, economical or ethical.
-Al Aqqad: "Islam is the ideal doctrine for man".


Comprehensiveness in Islamic Teaching..

1) Faith 
- answers the issue of divinity, prophethood, creation, man, universe
- clear view about God, man, satan, living of here after
- combines between heart(revealation) and mind
- complete belief

2) Worship
- uses all elements; tounge body, mind, senses
- ritual (prayer....) and all acts (jihad, trade..)

3) Ethic
- covers all aspect of life; spiritual, physicals, religious, wordly, intellectual, emotional, individual, collective scale
- good deeds complement faith

Allah said:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٢ الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُمْ دَرَجَاتٌ عِندَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
The believers are only those who, when Allah is mentioned, their hearts become fearful, and when His verses are recited to them, it increases them in faith; and upon their Lord they rely -(2) The ones who establish prayer, and from what We have provided them, they spend. (3) Those are the believers, truly. For them are degrees [of high position] with their Lord and forgiveness and noble provision.
Al Anfal [8:2]

4) Laws And Regulations
- acknowledges the Islamic Law (Shariah) - as shariah is to regulates life and establish justice.






Rewrite from : Understanding Islam





Takbir Sedih Menyapa Lagi.... Bhgn 2


~SAMBUNGAN~

"Jom lah, 5 minit je lagi nak masuk isyak ni... Lengah-lengahkan masa ni nanti tertinggal pulak.. dah la tu, balik nanti boleh kemas la.." ajak amir sedikit mendesak. 
Huh.. x pe lah, baik ikut je, ok jgk solat kat masjid balik nnt blh sambung kemas lagi' bisik dalam hati.

Langkah diteruskan ke lorong laluan asrama yang semakin sunyi dek kerana ramai jiran-jiran bilik sebelah dah balik. Azan berkumandang setibanya kami di tangga masjid... Teringat kenangan pertama kali mejejakkan kaki ke Masjid Kolej Islam Malaya (MKIM), hari tu adalah hari pertama mendaftar di universiti yang special ni.. Ramai yang kata nak masuk Universiti Islam ni susah sedikit, hanya mereka yang bertuah je dapat masuk, sama jgk dengan USIM, dikhabarkan hanya pelajar dari sekolah agama yang layak untuk berada di dalam unversiti tersebut.. Syukur sangat ngan ALLAH sebab bagi masuk dalam Universiti ni,  maklum lah tidak ramai pelajar dari Skolah Menengah Harian Biasa dapat masuk ke Universiti ni... yang ramai nye dari sekolah agama, maahad, teknik vokasional dan yang paling di'respect' skali.. mestilah student-student dari DQ (darul quran).. 

Kaki perlahan ku gerakkan semasa memasuki ruangan solat muslimin.. Iqamat dilaungkan oleh muazzin.. Ah, rasa ringan sedikit diri ini untuk bersujud kepada Nya... Moga segala Amal Ibadah diterima oleh Nya...

________________________________________________________________________________

Usai meng'amin'kan doa imam, aku membawa diri ku menuju ke 'watercooler' yang berada di tingkat bawah masjid.

 "Dah habis belom?" tegur amir yang aku perasan dari tadi kelihatan menunggu ku untuk balik ke asrama. 

"dah." balasku singkat.

 Dalam perjalanan pulang ke asrama, air muka amir kelihatan sedikit gelisah,

 "kau ade masalah ke?"
"x de.. cuma aku masih risau dengan peperiksaan baru-baru ni.. "

Peperiksaan!.. huh, teringat semula keadaan diriku semasa minggu peperiksaan sebelum ni, entah bagaimanalah keputusan peperiksaan ku nanti. Denyutan-denyutan dan sakit yang menekan kepala (x tau macam mana nak explain) sangat mengganggu konsentrasi ku semasa menghadapi kertas peperiksaan sebelum ni.. kalau satu kertas je, tidak mengapa.. ini sepangjang minggu peperiksaan!!.. Hanya mampu berdoa agar keputusan peperiksaan terutama CGPA tidak terlalu jauh menurun... 

"wei! kenapa ko ni? asyik termenung je..."
"eh.. hehe.. x de lah.."
"dah jom gi bilik ko, meh aku tolong kemas barang ko skali..lagipun kat bilik aku, aku tinggal sorang je, barang pun dah kemas.. hehe.."
"bah, ok.. jom..! nasib baik lah ko ade nak tolong.."


Bersyukur sangat, kalau dia x bantu, pukul 11 lebih la jawab nya baru nak habis kemas barang n bilik ni... Kotak terakhir untuk diisi dengan buku-buku hampir penuh dan tiada barang lagi untuk dikemaskan.. jam pun baru menghampiri pukul 10. Hhmm, x tau nak buat ape lagi dah.. 

"Nonton movie jom.."
"boleh jugak.."

Komputer riba di atas meja ku akses mencari 'movie' yang ada.. Sedikit hampa, semuanya 'movie' lama.. Oh ya, baru teringat, disaat-saat ini lah waktu yang paling bagus untuk memuat turun 'movie' baru.. yelah, dah ramai student yang balik.. 'IIUM COMMUNITY' mesti dah jadi laju.. hehehe...(muka jahat).. 

Berjaya memuat turun beberapa movie dalam masa hampir satu jam.. penat jugak menunggu.. Antaranya movie anime 'INAZUMA ELEVEN', Batman, Battleship, dan ade beberaapa lagi.. Malam tu kitorg habiskan denagn melayan ceramah ustaz-ustaz YOUTUBE dan movie anime Inazuma Eleven yang berdasarkan cerita bola sepak tapi mengandungi nilai-nilai persahabatan dan semangat yang sangat hebat sambil sekali-sekali mulut mengikuti takbir raya yang berkumandang dari corong radio.. Kadang-kadang rasa sebak pun ada jugak.. Maklum lah orang yang beraya di perantauan ni pasti akan merasa sebak jika mendengar sayu takbir raya di negara kita ni.. Khusyuk layan suara takbir sehinggakan amir tertidor .. hahaha.. penat agaknya.. and same goes to me.. 

"Allahuakhbar.. Allahuakhbar..
Allahuakhbar.. Allahuakhbar..
Asyhaduallah ila ha illallah...
Asyhaduallah ila ha illallah..."

Azan subuh berkumandang, badan berasa segar, amir hilang entah ke mana, dah balik bilik dia kot.. kali ni begegas ke masjid, tiba di kaki masjid usai muazzin laungkan iqamat.. walau sdikit lewat, tapi sempat dapat rakaat pertama.. Usai solat subuh, imam masjid mengingatkan sekali lagi bahawa pagi ini akan solat sunat raya korban dan korban akan di adakan pada keesokan harinya.. Hhhmmm.. Berjalan pulang ke asrama sambil menekan-nekan butang 'handphone' menghantar mesej kepada amir menanyakan ke mana dia menghilang.. 

Bip... Bip... Bip.. 
" Assalam, asif sangat, ana dalam perjalanan balik dah ni, ayah ana datang amik awal subuh tadi.. ingat nak kejutkan enta tapi ana x nak ganggu tido enta.. doakan perjalanan ana selamat.. syukran ya akhi!"
Ah, rupanya dia dah balik.. x pe lah.. gerak sorang-sorang je lah nampaknya pegi masjid nanti..

_________________________________________________________________________________

Kali ini, takbir itu sangat menyentuh hati, rasa satu kerinduan yang teramat dengan kampung halaman, hendak gugur air di mata tapi ku gagahkan untuk menahannya... Khutbah raya eidul adha kali ni sekali lagi mengingatkan diri kisah Nabi Ibrahim dan anaknya... Kisah yang mungkin sukar untuk di lupakan kerana hidup kenalah sentiasa berkorban..

"Assalamualaikum, x balik ke?" tegur Pak Man, Pak Man ni antara orang-orang yang selalu 'lepak' kat masjid ni, tapi x sangka pulak dia 'stalk' aku.. hehee.. perasan giler..
"Waalaikumussalam, eh, Pak Man.. x balik lagi.. InsyaALLAH dalam pukul 10 nanti balik lah.. keluarga datang lambat sikit.."
"oh.. Pak Man ingatkan kamu x balik.. Nanti klu sempat datang lah ziarah rumah Pak Man kat taman sebelah.. Ni alamatny.." sambil menghulurkan alamat rumahnya dan no 'telephone'nya..
"terima kasih Pak Man, InsyaALLAH klu sempat nanti ana pergi.."
" ok, Pak Man gerak dulu, orang kat rumah tengah tunggu tu.. Assalamualaikum.."
"ok Pak Man.. Waalaikumussalam.."

Langkah longlai menuju ke bilik asrama, jam baru menunjukkan pukul 9.. ada sejam lagi.. tidak sabar rasanya balik ke kampung halaman walaupun tidak dapat solat raya kali ni dengan ahli keluarga... maklumlah semua nya sibuk dengan kerja...
selepas tiba di bilik, ku usung bag dan kotak satu persatu ke lobi asrama, memudahkan supaya nanti tidak lah penat nak berulang alik naik ke bilik... 

Kereta Proton Wira singgah betul-betul di hadapan mahallah.. tanpa melengahkan masa ku angkat bag dan meletakkannya ke dalam bonet kereta... 
" ade lagi x?" tanya ayah..
"ade.. kotak2 kat lobi tu"...
"ok.. maafkan ayah ye sbb lambat.. x pe.. biar ayah amik"..

Perjalanan pulang ke kampung halaman sangat menyeronokkan walaupun agak lewat untuk menikmatinya kerana puncak kesernokkan balik ke kampung halaman ini adalah sebelum bergemanya takbir raya.. walau apapun, dapt jugak balik ke kampung... Berdoa agar dapat dengar Takbir sedih ini lagi tahun hadapan.. Selamat hari raya....

cerita2 yang di'mix' sbgai satu...

*sbnarnya agak lambat untuk publish sbb ingat ari tu dah publish.. tengok2 dia save sbgi DRAFT je!!!.. -_-'  n T.T"



Sunday, 28 October 2012

Takbir Sedih Menyapa Lagi....




Petang itu menanti menutup tirainya skali lagi... kedengaran ura-ura kegembiraan umat ISLAM seluruhnya akan kedatangannya, antara hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh Hamba ALLAH s.w.t yang sentiasa mengingati Penciptanya... Ah.. Indahnya jika aku dapat berada di kampong ketika ini... pasti suasananya begitu indah, dapat aku bayangkan pokok kelapa di hadapan rumah menari-nari di tiup bayu senja bermuzikkan kicauan si pipit dan merpati serta bunyi sang ombak memberi rentaknya... lembut angin membelai beserta pancaran sinaran jingga sang mentari yang menyentuh pipi... bunyi peragut-peragut yang bakal meninggalakn kehidupan di dunia yang sementara ini... tidak terfikir nasib mereka esok hari... Ahhh... mereka pastinya tidak mengerti kerana tidak mempunyai AQAL yang ALLAH s.w.t ciptakan khas buat umat manusia... huhh... pastinya diri merasa gembira... Hanya mampu membayangkan nya dalam memori sepi yang telah lama tidak di buka dalam kotak pemikiran yang semakin meluas... Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH yang menciptakan segalanya... Lontaran kata yang mencuba untuk menenangkan hati yang meronta-ronta ingin pulang ke kampong halaman dengan segera...

Dalam keasyikan menghayati waktu senja itu, kedengaran azan Maghrib yang menandakan bermulanya detik waktu hari-hari bahagia bagi umat Islam seluruhnya... Lantas tangan ini mengambil botol air mineral yang terletak di atas meja belajar sambil membaca doa tanda kesyukuran kepada Maha Pencipta... Alhamdulillah, usai satu ibadah sunat di laksanakan menjelangnya Hari raya Korban tahun ini.. Puasa Hari Arafah... “Nak makan apa ni? Yang lain semua dah balik.. Hmm... Kantin dan Kiosk dah tutup..” otak ligat berfikir cara untuk mengalas perut yang penat membantu menahan nafsu... Melihat kearah ‘compartment’ sebelah... Teringat roti dan tuna yang ‘si dia’ tinggalkan untukku sebelum balik ke rumahnya... lantas tangan menggapai beberapa keping roti lalu ku saluti dengan tuna yang kelihatan sangat menyelerakan...

Dalam keenakan mengalas isi perut, otak ligat memikirkan bagaimana keadaan saudara yang lebih layak mendapat gelaran mujahid dan mujahidah di Negara sana... lantas lidah mengucap Alhamdulillah... Adakala terkenang juga gelagat sahabat-sahabat seperjuangan suatu masa dulu... Ber’program’ bersama... kini semua nya telah terpisah, kadang-kadang dapat berjumpa di program sahaja... ada yang langsung tidak dapat melepaskan kerinduan dek kerana jarak yang sentiasa memisahkan... betapa hebatnya ALLAH s.w.t yang menciptakan hati-hati manusia dengan pelbagai perasaan.. namun, malang bagi mereka yang tidak menggunakan perasaan itu dengan sebaik-baiknya... teringat kata-kata seorang sahabat “insyaALLAH kita jumpa di sana..” dan “kita jadikan semenanjung ni macam masjid nurul huda”... Wahh... kadang-kadang terpegun dengan setiap bait perkataan yang dikeluarkan oleh sahabat-sahabat... Hhhmm... Uhibbuka Lillah Ya Sodiq!!!!!....  Ruang bilik yang kosong terisi dengan gelak tawa ku yang kemudian nya diiringi titisan air mata kerinduan terhadap kampong halaman, keluarga dan sahabat-sahabat perjuangan... Semoga ALLAH sentiasa perkuatkan ikatan persahabatan yang dijalin ini...

“Allhauakhbar... Allahuakhbar... Allahuakhbar.... La ila ha illallah hu wallahuakhbar..”

Takbir sedih kembali menyapa hati ini, sebak bercampur baur dengan tangisan kegembiraan menjelang tibanya hari raya Eidul Adha... Haish... jangan lah sedih, tegur sang hati yang kini besemangat untuk kembali kepada Fitrah sebagai seorang MUSLIM... Telah diniatkan dalam hati untuk mengamalkan cara-cara menjadi seorang Muslim yang memiliki ciri-ciri Ibad Ar-Rahman suatu hari nanti... Ahh... Semoga hati dan diri ini Istiqomah untuk bergelar Muslim sejati... kembali dalam ingatan persoalan yang selalu aku berikan jawapan... “Kau nak jadi apa untuk Khalifah Islam nanti??” – “Aku nak jadi pakar matematik n strategi untuk menegakkan Islam”... hahaha... kadang-kadang tergelak sendirian apabila mengingati persoalan dan jawapannya... Ku berharap agar ianya menjadi kenyataan suatu hari nanti dengan tertegaknya ISLAM di atas muka bumi ini nanti...


Kedengaran bunyi telefon bimbit... terpapar tulisan di skrin “ Call from XXXXXXX”.... laju tanganku menggerakkan ibu jari untuk menjawab panggilan dari nya.. huhh... berita gembira yang diharapkan belum tiba, hanya mampu menunggu sehingga kembali sinaran cahaya sang mentari di sebalik bangunan asrama perempuan yang terletak di hadapan sana... kadang-kadang rasa pelik juga, kawasan asrama lelaki dan perempuan betul-betul terletak berhadapan cuma ‘parking lot’ yang memisahkan kedua-dua asrama ini... Tapi diri ini sentiasa ber’husnuzhon’ dek kerana keadaan Universiti yang boleh dikatakan kurag dari segi pembangunan disebabkan ruang yang terhad... maklumlah berada di dalam kawasan Bandar yang sibuk dengan lalulintas di tambah dengan aktivi pesat pembangunan ekonomi... huhh... dalam memikirkan keadaan itu, akal menimbulkan pesoalan mengapa hanya pembangunan yang di pentingkan sedangkan sesebuah Negara maju itu dapat dilihat melalui pembentukan akhlak yang baik dalam setiap jiwa rakyatnya... huhh... oh pemimpin ku...

Waktu isyak semakin menghampiri, sayup kedengaran suara imam masjid memberi kuliah maghrib hari ini.... aduhai... hati ingin pergi namun keadaan bilik yang bersepah dan barang-barang yang belum terkemas mendorong ku untuk menghabiskan kerja di bilik sementara menanti azan berkumandang... tiba-tiba tombol pintu bilik dibuka, kelihatan wajah bulat, putih, di hiasi dengan 'jambang' ala-ala pak arab lantas memberi salam.. aku hanya mampu membalas salamnya dan tersenyum melihat wajah nya, rupanya dia pun belum balik lagi... " jom gi masjid, dah nak masuk isyak dah ni..."... macam mana ni, nak ikut ke tidak... nak pergi, tapi barang masih bersepah, kemas lambat nanti tidak sempat pulak nak habiskan semuanya, kalau tidak pergi pulak risau sahabat ni merajuk... ahh... ~BERSAMBUNG....~

Monday, 17 September 2012

Positif kah Aku???

" Amin, ko tengok tu, ko rasa diorang tengah buat apa tu? Entah2 buat maksiat lagi... Haish.. Remaja zaman skarang ni, sakit mata nak pandang.. Huh.."

" ko ni, jangan lah suke2 je nak nilai benda yang ko sendiri x tau, mana lah tau diorang tu suami isteri... Kan sekarang ni ramai orang yang kawen muda.. Ko tengok balik diorang tu, ade x ciri2 orang tengah buat maksiat,? ko tengok x yang pompuan tu lengkap tutup aurat, ha.. siap bertudung lagi, yang laki plak, muka suci je aku tengok.. dah kawen la tu... x caye jom g tanye.. hehe.."

" eh.. eh.. eh... x nak lah.. nnt ape plak diorg kata..."

"eh, ko ni.. td kata sakit mata memandang... jom ah, skali gak ko minta maaf sbb dah fikir benda yang bukan2 kat diorg...kn..kn... Dosa tau tuduh orang ni... hehe..."

" Hmmm.. yela.."

__________________________________________________________________________________

" Comel je aku tengok diorg tu.. hehe.. kn Khai.. so, camne? Lain kali, fikir benda yang positif dulu sbelom ko nak tuduh orang lain.. Nasib baiklah laki tu baik, klu x mngkn dia dah sepak ko kot sbb tuduh diorg buat maksiat.. hehe..."

" La... Amin jgn la cakap camtu, aku x tau pon diorang tu suami istri.. Ok.. Lain kali aku fikir positif ok... hehe... :D"




Positif?
Sometims baik but sometimes membinasakan...  tapi ramai yang tahu berfikiran positif pasti akan menghasilkan satu gerak kerja yang mantap, masih tidak mahu berfikiran terbuka dan positif...
Tapi ramai dari kalangan mereka mengambil kesempatan daripada orang yang berfikiran positif demi keuntungan diri sendiri.... Hurm... :(..*Hakikat Dunia??



Cuba kita renungkan semula segala idea2 yang tercetus dalam minda kita? Adakah ianya POSITIF?? Hhhhmmmm.....  Selalunya mereka yang tidak boleh mengeluarkan idea yang positif ni adalah orang2 yang kuat cemburu n x suka lihat orang sekeliling menjadi lebih hebat dari dia... hehe.. So, mahukah kita d 'tag' sbgai orang yang kuat cemburu... Semestinya tidak bukan...

Antara cara2 berfikiran positif yang boleh di amalkan selalu....:


1. Bersangka baik dengan orang lain.
2. Sentiasa tumpukan pada nilai-nilai murni.
3. Elakkan emosi negatif.
4. Selalu ber'Istighfar'.
5. Jangan ambil kisah cakapan orang (* kecuali nasihat yang baik dari orang lain).
6. Elak menyalahkan orang, situasi, keadaan, persekitaran, benda.
7. Dan banyak lagi.. hehe... ( Boleh cari dalam Al- Quran).

So, mudah bukan... Jom fikirkan benda yang positif selalu.. InsyaLLAH mampu berjaya d masa akan datang!!!.. :D

~Spread d Knowledge~

Wednesday, 1 August 2012

Sedekah... Hmmmm....



" Assalamualaikum brother, saya khai (bukan nama sebenar), minta maaf lah kalau ganggu, sebenarny abg nak minta tolong sikit ni... bkn apenye, abg ni keje kontrak dik, so, hari ni tempat kerje abg tutup,  abg x tau nak wat cmne.. abg posa ari ni.... ni dah x de duit sbb hri ni x keje... pagi td pun dapat mkn roti sebuku je dgn air mineral.. ni org lain sume dah buke posa... abg nak buke pun x de duit nak bli mkanan... klu boleh abg nak mnta sdkit bantuan dri adik lah... x kisah la brapa dik yg pntg abg boleh pki utk bli makanan tuk berbuka..."

"hhmmm.... nak percaye ke x ni azman?..."
' ko bg je lah duit RM10 ko tu.. bkn ape pun... lg2 ni bulan ramadhan, kn lebihkan bersedekah tu lebih baik.."
"tp, klu dia tipu cmne?"
"la, tu urusan dia dgn ALLAH s.w.t, kn aku dah kate bg je, lg2 blan Ramadhan ni.. kn banyak pahala... ko x nak pahala ke? hehe.. klu ko x nak bg lah kat aku..."
"lgpun x kn dia nak tipu kot.. tgk lah keadaan dia, ko x kesian ke, x terurus, baju dah lusuh, terkoyak, nampak kurus plak tu... hhmmm"
" ye kn betul jgk kte ko eh... x kn lah dia nak tipu... x sngka pulak masih ade org yg hidup mcm ni kat KL ni...  ade pihak yg x bertanggungjawab langsung pasal kebajikan org2 mcm dia...."

selembar kertas merah sampai ke tangan bro td...

"trima kasih dik, Alhamdulillah, rezeki dari Allah... oh ye.. adik ni dok mne? tgh study eh? apa2 pun trima kasih banyak2 dik... abg x tau la cmne nak balas budi adik.... Smoga ALLAH s.w.t mempermudahkan urusan dan beri kecemerlangan dlm pelajaran dan khidupan adik.. trima kasih banyak2 dik!"



hhhmmm... situasi ni betul2 berlaku.. bayangkan kalau ada sorang brother datang kat korang dalam keadaan yg sngt daif, kdg2 org sekeliling pun rasa x nak dekat je dgn org tu...
Kesian brother tu, penat dia tggu kat kwsn KL sentral tu utk dapatkn pertolongan utk berbuka posa... org yg lalu lalang asyik mengelak je dari dia... hhhmmm... ;(

x pe... bkn itu yg nak di perketengah kn di sini... ape yg penting itu adalah... KERJASAMA..... hehe.. x ade lah... apa yg pntg ialah memberikn bantuan (sedekah) di saat org itu memerlukan.. kita amik kisah abg td...
ya, kita tau zaman skrg ni mcm2 penipuan berlaku bukan... tp, sanggup kah kita membiarkan glongan2 yg sbgini dibiarkn bgtu sahaja... hhmm... diorg pun org islam jgk...

Dari Hakim bin Hizam r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda: " Tangan yang di atas ( tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulailah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Siapa yang mohon di pelihara ( agar dia tidak sampai minta-minta) Allah akan memeliharanya, dan siapa yang memohon dicukupkan ( agar tidak ada ketergantungan selain kepada ALLAH) Allah akan mencukupkannya." Riwayat Imam Bukhari.

hhmmm... jelas lagi bersuluh.... Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayat kn oleh Imam Bukhari pun menunjukkan betapa penting dan baiknya memberi bantuan (sedekah)...  x kisah lah nak bg duit ke, pakaian ke, senyum pun boleh jgk... hehe.

So, sahabat2 sekalian mcm mna? sdah bersedia utk bersedekah? hhmm...

Jom banyakkn amalan2 yg baik di bulan Ramadhan ni... banyak kelebihannya..

Dari Umar r.a., katanya : "Siapakah yang hafal sebuah hadis dari Nabis.a.w. berkenaan dengan fitnah?"
Jawab Hudaifah, "Aku mendengar beliau bersabda: Fitnah seseorang dalam keluarganya, dalam hartanya dan tetangganya, dapat ditutup (dihapuskan) oleh shalat, puasa dan sedekah."


~spread d knowledge~

Tuesday, 19 June 2012

Vedic Matematik Cara Pengiraan Pantas.....




وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz-Dzariyaat [51]: 56)
Pantas ke Mengira menggunakan Kalkulator? Kenapa aku boleh kira dengan lebih pantas?....


Hmmmm.... Ramai yang kata Matematik tu susah. Ada yang kata matematik tu menyusahkan... betul ke?
haa.. Semua tu ssebenarnya satu tanggapan negatif yang membuatkan diri seseorang itu merasakan matematik itu susah walhal matematik selalu kita gunakan dalam kehidupan seharian kta... Betul atau Tidak?

Al Hisab lebih dikenali sebagai Matematik, mempunyai terlalu banyak persoalan dan  semestinya mempunyai pelbagai solusi... 'Algebra', 'Equation', 'Calculus', 'Progression' dan banyak lagi 'terms'2 yang di guna pakai dalam Matematik yang sangat berguna dalam kehidupan seseorang yang bijak mengaplikasikanny... Ingat matematik sangat BERGUNA bagi mereka yang bijak MENGAPLIKASI kannya sahaja....

Tetapi jujur saya katakan tidak semua pelajar bijak mengaplikasikannya kerana sistem pembelajaran di negara kita yang berorientasikan PEPERIKSAAN mendesak dan mengajar pelajar di negara kita untuk belajar dan jawab soalan peperiksaan sahaja... Apabila pelajar ingin mengaplikasikannya mereka tidak tahu kerana terbiasa dengan sistem peperiksaan negara.. persoalannya; Di mana aplikasinya?






Saya x nak ulas lebih mengenai hal ini... hehe... Di sini saya ingin "mempromosi"kan satu cara pantas dalam pengiraan... hurmm... Mesti ramai yang x tahu dan nak tahu.. dan kadang kala kita impress dengan orang2 yang boleh mengira dengan laju bukan... "wow! hebat nya ko ni... laju ko kira eh...", "eh, ko ni genius ke? apesal ko ble kira laju sangat ha?" dan banyak lagi lah 'impression' yang orang lain buat bila kita bole kira dengan pantas...


vedic matematik... suatu pengenalan... jalan mudah mengira dengan pantas.. Mungkin ianya sesuatu yang baru bagi korg kn.. tapi apa salah nya jika ilmu yang berguna ini kita aplikasikan dalam hidup kita... 
VEDIC matematik? 'menatang' ape tu?
Click this Link for more info k...----> http://www.vedicmaths.org/

korg klik je link tu klu nak tahu lbih lanjut... 

dan link kat bawah ni untuk download cara2 nak mengira dengan cepat... 

Mungkin korg kena EXPLORE lebih skit.. Tapi sesuatu 'skill' itu tidak mudah untuk di guna dalam masa yang singkat, kesabaran dan ketenangan sentiasa di perlukan dalam setiap pencarian ILMU yang BARU... 

Apa2 pun jangan hanya jadi seorang pelajar, jadialh seorang PENUNTUT ILMU.... Tuntut lah apa2 ilmu yang baik sekalipun kerana ianya pasti berguna, mungkin sekarang atau pada masa akan datang...

اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ
“Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu.” (QS. Az Zumar [39]: 62)

~Spread d Knowledge~



Saturday, 7 April 2012

Assalamualaikum w.b.t.... Salam, perkenalan... ana adalah salah seorang yang ingin menjadi JUNDULLAH... masih baru dalam dunia blogging. Harap dapat memberi, menerima dan berkongsi segala ilmu islam yang dimiliki...