Petang itu menanti menutup tirainya skali lagi... kedengaran
ura-ura kegembiraan umat ISLAM seluruhnya akan kedatangannya, antara hari yang
dinanti-nantikan oleh seluruh Hamba ALLAH s.w.t yang sentiasa mengingati Penciptanya...
Ah.. Indahnya jika aku dapat berada di kampong ketika ini... pasti suasananya
begitu indah, dapat aku bayangkan pokok kelapa di hadapan rumah menari-nari di
tiup bayu senja bermuzikkan kicauan si pipit dan merpati serta bunyi sang ombak
memberi rentaknya... lembut angin membelai beserta pancaran sinaran jingga sang
mentari yang menyentuh pipi... bunyi peragut-peragut yang bakal meninggalakn
kehidupan di dunia yang sementara ini... tidak terfikir nasib mereka esok
hari... Ahhh... mereka pastinya tidak mengerti kerana tidak mempunyai AQAL yang
ALLAH s.w.t ciptakan khas buat umat manusia... huhh... pastinya diri merasa
gembira... Hanya mampu membayangkan nya dalam memori sepi yang telah lama tidak
di buka dalam kotak pemikiran yang semakin meluas... Alhamdulillah syukur ke
hadrat ALLAH yang menciptakan segalanya... Lontaran kata yang mencuba untuk
menenangkan hati yang meronta-ronta ingin pulang ke kampong halaman dengan
segera...
Dalam keasyikan menghayati waktu senja itu, kedengaran azan Maghrib yang menandakan bermulanya detik waktu hari-hari bahagia bagi umat Islam seluruhnya... Lantas tangan ini mengambil botol air mineral yang terletak di atas meja belajar sambil membaca doa tanda kesyukuran kepada Maha Pencipta... Alhamdulillah, usai satu ibadah sunat di laksanakan menjelangnya Hari raya Korban tahun ini.. Puasa Hari Arafah... “Nak makan apa ni? Yang lain semua dah balik.. Hmm... Kantin dan Kiosk dah tutup..” otak ligat berfikir cara untuk mengalas perut yang penat membantu menahan nafsu... Melihat kearah ‘compartment’ sebelah... Teringat roti dan tuna yang ‘si dia’ tinggalkan untukku sebelum balik ke rumahnya... lantas tangan menggapai beberapa keping roti lalu ku saluti dengan tuna yang kelihatan sangat menyelerakan...
Dalam keasyikan menghayati waktu senja itu, kedengaran azan Maghrib yang menandakan bermulanya detik waktu hari-hari bahagia bagi umat Islam seluruhnya... Lantas tangan ini mengambil botol air mineral yang terletak di atas meja belajar sambil membaca doa tanda kesyukuran kepada Maha Pencipta... Alhamdulillah, usai satu ibadah sunat di laksanakan menjelangnya Hari raya Korban tahun ini.. Puasa Hari Arafah... “Nak makan apa ni? Yang lain semua dah balik.. Hmm... Kantin dan Kiosk dah tutup..” otak ligat berfikir cara untuk mengalas perut yang penat membantu menahan nafsu... Melihat kearah ‘compartment’ sebelah... Teringat roti dan tuna yang ‘si dia’ tinggalkan untukku sebelum balik ke rumahnya... lantas tangan menggapai beberapa keping roti lalu ku saluti dengan tuna yang kelihatan sangat menyelerakan...
Dalam keenakan mengalas isi perut, otak ligat memikirkan bagaimana
keadaan saudara yang lebih layak mendapat gelaran mujahid dan mujahidah di
Negara sana... lantas lidah mengucap Alhamdulillah... Adakala terkenang juga
gelagat sahabat-sahabat seperjuangan suatu masa dulu... Ber’program’ bersama...
kini semua nya telah terpisah, kadang-kadang dapat berjumpa di program
sahaja... ada yang langsung tidak dapat melepaskan kerinduan dek kerana jarak
yang sentiasa memisahkan... betapa hebatnya ALLAH s.w.t yang menciptakan
hati-hati manusia dengan pelbagai perasaan.. namun, malang bagi mereka yang
tidak menggunakan perasaan itu dengan sebaik-baiknya... teringat kata-kata
seorang sahabat “insyaALLAH kita jumpa di sana..” dan “kita jadikan semenanjung
ni macam masjid nurul huda”... Wahh... kadang-kadang terpegun dengan setiap bait
perkataan yang dikeluarkan oleh sahabat-sahabat... Hhhmm... Uhibbuka Lillah Ya
Sodiq!!!!!.... Ruang bilik yang kosong
terisi dengan gelak tawa ku yang kemudian nya diiringi titisan air mata kerinduan
terhadap kampong halaman, keluarga dan sahabat-sahabat perjuangan... Semoga
ALLAH sentiasa perkuatkan ikatan persahabatan yang dijalin ini...
“Allhauakhbar... Allahuakhbar... Allahuakhbar.... La ila ha
illallah hu wallahuakhbar..”
Takbir sedih kembali menyapa hati ini, sebak bercampur baur
dengan tangisan kegembiraan menjelang tibanya hari raya Eidul Adha... Haish...
jangan lah sedih, tegur sang hati yang kini besemangat untuk kembali kepada
Fitrah sebagai seorang MUSLIM... Telah diniatkan dalam hati untuk mengamalkan
cara-cara menjadi seorang Muslim yang memiliki ciri-ciri Ibad Ar-Rahman suatu
hari nanti... Ahh... Semoga hati dan diri ini Istiqomah untuk bergelar Muslim
sejati... kembali dalam ingatan persoalan yang selalu aku berikan jawapan... “Kau
nak jadi apa untuk Khalifah Islam nanti??” – “Aku nak jadi pakar matematik n
strategi untuk menegakkan Islam”... hahaha... kadang-kadang tergelak sendirian
apabila mengingati persoalan dan jawapannya... Ku berharap agar ianya menjadi
kenyataan suatu hari nanti dengan tertegaknya ISLAM di atas muka bumi ini nanti...
Kedengaran bunyi telefon bimbit... terpapar tulisan di skrin
“ Call from XXXXXXX”.... laju tanganku menggerakkan ibu jari untuk
menjawab panggilan dari nya.. huhh... berita gembira yang diharapkan belum
tiba, hanya mampu menunggu sehingga kembali sinaran cahaya sang mentari di sebalik
bangunan asrama perempuan yang terletak di hadapan sana... kadang-kadang rasa
pelik juga, kawasan asrama lelaki dan perempuan betul-betul terletak berhadapan
cuma ‘parking lot’ yang memisahkan kedua-dua asrama ini... Tapi diri ini
sentiasa ber’husnuzhon’ dek kerana keadaan Universiti yang boleh dikatakan
kurag dari segi pembangunan disebabkan ruang yang terhad... maklumlah berada di
dalam kawasan Bandar yang sibuk dengan lalulintas di tambah dengan aktivi pesat
pembangunan ekonomi... huhh... dalam memikirkan keadaan itu, akal menimbulkan
pesoalan mengapa hanya pembangunan yang di pentingkan sedangkan sesebuah Negara
maju itu dapat dilihat melalui pembentukan akhlak yang baik dalam setiap jiwa
rakyatnya... huhh... oh pemimpin ku...
Waktu isyak semakin menghampiri, sayup kedengaran suara imam
masjid memberi kuliah maghrib hari ini.... aduhai... hati ingin pergi namun keadaan bilik yang bersepah dan
barang-barang yang belum terkemas mendorong ku untuk menghabiskan kerja di
bilik sementara menanti azan berkumandang... tiba-tiba tombol pintu bilik dibuka, kelihatan wajah bulat, putih, di hiasi dengan 'jambang' ala-ala pak arab lantas memberi salam.. aku hanya mampu membalas salamnya dan tersenyum melihat wajah nya, rupanya dia pun belum balik lagi... " jom gi masjid, dah nak masuk isyak dah ni..."... macam mana ni, nak ikut ke tidak... nak pergi, tapi barang masih bersepah, kemas lambat nanti tidak sempat pulak nak habiskan semuanya, kalau tidak pergi pulak risau sahabat ni merajuk... ahh... ~BERSAMBUNG....~
0 comments:
Post a Comment